Jun 25, 2012

#216 One day, maybe


Puh habuk sana puh habuk sini. Dah sekian lama jugak, aku tak mengemaskini blog aku ni eh? Apa cerita? Well, let's starts with everything, and ends with nothing. Shall we?

Tak sangka, terkejut, tak jangka, and tak terniat langsung. Ha, itu lah yang berlegar-2 kat dalam fikiran aku, macam bintang-2 yang tengah berpusing-2 atas kepala tu. Tak payah lah, untuk aku cerita secara TERPERINCI, segala apa yang aku baca malam tu. Mungkin cukup, untuk sekadar luahkan kat dalam blog kesayangan aku, sebab aku.....

tak tahan untuk hadapi sorang-sorang.

Aku mintak maaf, kepada sesape yang pernah baca blog aku sebelum ni dan dah naik menyampah, sebab sentiasa cerita pasal Mr. S aku. Aku menyusun sepuluh jari sekali lagi, memohon maaf, jikalau ada terlanjur kata, yang mungkin SENGAJA atau TAK SENGAJA tertulis begitu.

Maaf ya?

Dan lepas ni, InsyaAllah, blog aku takkan memaparkan lagi kisah pasal aku dan budak tu. Setelah apa yang aku baca, baru lah datang perasaan untuk melupakan dia 100%. Mungkin, dengan cara ni aku sedar, yang dia bukan untuk aku. Okaylah, nickname baru lah ye?

'Budak tu.'

No more SS, or whatever S dalam blog aku dah. Cukup lah. Banyak dah insiden-2 comel berlaku, tapi, ianya semua kini jadikan kenangan manis, sewaktu sekolah menengah. Mungkin memang betul, aku tak patut terima nasib sebaik ini. Terlampau baik, bagi aku. Tapi takpelah, nak buat macam mana? 

Saya tak cantik macam dia :')

Aku faham. Kalau aku nampak apa yang dia nampak kat aku ni, aku pun takkan pilih diri aku sendiri. Nak dibandingkan dengan gadis tu, aku seribu satu jauh berbeza! Untunglah, gadis tu, menanti dan dinanti, oleh 'budak tu' :') Sedih, tetap sedih. Dah crush kita kan? Ingat dengan petik jari je ke boleh lupakan? Kalau macam tu, aku takdela kisah sangat. Tapi ni.....entahlah. Susah nak terangkan. Aku taknak tulis secara terperinci, nanti kang kena tegur lagi :') Okaylah, sampai di sini sahaja mungkin, pasal 'budak tu', lepas ni...

Maaf, saya takkan cerita dah pasal awak lagi. Sebab saya dalam proses untuk....







lupakan awk.
Goodluck in your SPM :') Niat nak bagi awk coklat ikat dengan riben warna pink, 
tapi tak kesampaian.
Maaf ya? Saya terpaksa. Terpaksa untuk lupakan awk :')

AliahDini

No comments: