Jun 28, 2012

#218 Kegilaan kami, kenangan kami


Apabila kita jumpa kawan-2 yang DAH MASAK SANGAT dengan perangai kita, jangan terkejut jikalau kitaorang boleh jadi KANAK-KANAK RIBENA tahap maksimum.

Aku and Adiba nak pergi carik cikgu EA, sebab Adiba terhantar buku latihan dia. Walhal, sebelum dia hantar, aku dah cakap awal-2,
'Adiba, aku nak pinjam buku kau. Buku aku tak lengkap lagi.'
10 minit kemudian, dia cakap dia dah hantar. Kalau kau kat tempat aku, mesti kau nak bagi penyepak asam pedas laju-2 kat muka dia kan -_- Then, cikgu EA kitaorang dah keluar, we decide to chase after her! Sampai kat bilik guru, tengok-2 cikgu EA kitaorang takde kat meja dia. Keluarlah kitaorang dari Bilik Guru dengan kecewanya #amboi 
While we're on our way to class, terserempak lah dengan kawan Adiba. Pergh, kawan dia sorang ni, banyak bawak kenangan pada dia. 4 April? Apakah? Hahaha, jangan risau Adiba. Aku berani bertaruh, dia takkan baca blog aku pasal kau ni, okay? *kenyit-2 mata bajet sexy*

Seperti pada masa-2 yang biasa, aku and Adiba AKAN bermain, 'sape naik dulu dia menang'. Pernah, beberapa kali sebelum ni, ditegur oleh senior aku. 
'Dah besar pun main kejar-2 lagi?'
'Aaa! Aaa! Aaa! Kang terjatuh baru tau.'
Tapi, sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa, semakin ditegur, semakin meningkat tahap keRIBENA-an dalam diri aku. Kau pernah dengar perkataan keRIBENA-an? Tak pernah kan? -_-

Bermula lah permainan tu tadi. Alhamdulillah, nasib baik takde orang. Di pertengahan tangga tu, 


KAMI TERSUNGKUR, TERJATUH,  dan BERGOLEK-GOLEK.


Bila aku teringat balik insiden comel ni, terus aku gelak sorang-2. Sebab masa aku jatuh tu, aku tak sedar yang aku jatuh. Aku ingatkan macam seolah-2 ada gempa bumi, sebab aku terjatuh tu bergolek-golek berpusing-pusing! Jangan nak gelak sangat lah Adiba. Aku tau kau ingat insiden ni.
Haha, sudah terang lagi bersuluh, orang tinggi memang tak stabil -_-
Aliah, aliah. APA PUN TAK BOLEH! -_-

Konklusinya, janganlah bermain di tangga, ya kanak-2 riang sekalian? Sakit tau, jatuh tergolek pusing-2 macam tuh. Haha, okay okay. Aku insaf dah, okay?

Tapi tahan la 5 minit je keinsafan tu. *trollface*

AliahDini

Jun 27, 2012

#217 Trembling steps



움켜진 마음이 자꾸 새어나가
My scrunched up feelings keep seeping out oh
숨겨보고 감춰도 모두 흘러나가 
I try to hide and cover it but it all comes out oh

닿을 수 없는 너를 보면서
As I see you, who I can't touch
내 작은 그림자도 들킬까 숨었어
I hide because my small shadow might be seen

Oh 난 떨리는 걸음을 조심히 다가가봐
Oh, with trembling steps, I carefully approach you
Oh 난 더 가까이 갈수록 어쩐지 두려워져 네가 멀러질까
Oh, the closer I get to you
Somehow the more I'm afraid that you'll get farther away

One, two 내 맘이
One, Two, my heart
 three, four 숨결이 
Three, Four, my breath
five, six 온몸이
Five, Six, my entire body walks, 
너만 보며 걸어
only seeing you

두 눈을 가릴수록 네가 더 잘보여 it’s you it’s you
The more I cover up my two eyes, I see you clearer (It's you, it's you)
내 두 귀를 막을수록 종일 너만 들려
The more I block my ears, I hear you all day

네 눈빛 읽어내기 어려워 
It's so hard to read your eyes
온종일 네 곁에서 눈치만 보게 돼
All day I'm cautious around you

Oh 난 떨리는 걸음은 더 한번 다가가봐
Oh, with trembling steps, I carefully approach you again
Oh 넌 내 사랑이 보이는 가까운 거리까지 이젠 다가와줘
Oh, please come closer so you can see my love


One, two 내 맘이 three, four 숨결이 five, six 온몸이너만 보며 걸어
One, Two, my heart Three, Four, my breath Five, Six, my entire body walks, only seeing you
One, two 어제도 
One, Two, even now
three, four 오늘도 
Three, Four, even today
five, six 매일도
Five, Six, even tomorrow, 
Baby steps 너를 향해 걸어
walk toward me

오늘도 나 혼자 눈물짓는 걸음으로 널 향해 걷고 있지만
Again today, I walk toward you with tearful steps
I wait for the day that I will touch your heart
네 맘에 닿는 날 네 품에 안아줄 그 날을 기다려I need you hey
For the day you will hold me in your embrace
I need you hey

Oh 난 떨리는 걸음은 조심히 다가가봐
Oh, with trembling steps, I carefully approach you
(Oh somebody help me oh somebody help me)
Oh 난 더 가까이 갈수록 어쩐지 두려워져 
Oh, the closer I get to you
Somehow the more I'm afraid

난 떨리는 걸음은 더 한번 다가가봐
Oh, with trembling steps, I carefully approach you again
내 사랑이 보이는 가까운 거리까지 이젠 다가와줘
Oh, please come closer so you can see my love

One, two 내 맘이 three, four 숨결이 five, six 온몸이
너만 보며 걸어
One, two 어제도 three, four 오늘도 five, six 매일도
Baby steps 너를 향해 걸어


This is why I love Korean Sad Songs, it explains and suits every single thing very well.


Aliah Dini

Jun 25, 2012

#216 One day, maybe


Puh habuk sana puh habuk sini. Dah sekian lama jugak, aku tak mengemaskini blog aku ni eh? Apa cerita? Well, let's starts with everything, and ends with nothing. Shall we?

Tak sangka, terkejut, tak jangka, and tak terniat langsung. Ha, itu lah yang berlegar-2 kat dalam fikiran aku, macam bintang-2 yang tengah berpusing-2 atas kepala tu. Tak payah lah, untuk aku cerita secara TERPERINCI, segala apa yang aku baca malam tu. Mungkin cukup, untuk sekadar luahkan kat dalam blog kesayangan aku, sebab aku.....

tak tahan untuk hadapi sorang-sorang.

Aku mintak maaf, kepada sesape yang pernah baca blog aku sebelum ni dan dah naik menyampah, sebab sentiasa cerita pasal Mr. S aku. Aku menyusun sepuluh jari sekali lagi, memohon maaf, jikalau ada terlanjur kata, yang mungkin SENGAJA atau TAK SENGAJA tertulis begitu.

Maaf ya?

Dan lepas ni, InsyaAllah, blog aku takkan memaparkan lagi kisah pasal aku dan budak tu. Setelah apa yang aku baca, baru lah datang perasaan untuk melupakan dia 100%. Mungkin, dengan cara ni aku sedar, yang dia bukan untuk aku. Okaylah, nickname baru lah ye?

'Budak tu.'

No more SS, or whatever S dalam blog aku dah. Cukup lah. Banyak dah insiden-2 comel berlaku, tapi, ianya semua kini jadikan kenangan manis, sewaktu sekolah menengah. Mungkin memang betul, aku tak patut terima nasib sebaik ini. Terlampau baik, bagi aku. Tapi takpelah, nak buat macam mana? 

Saya tak cantik macam dia :')

Aku faham. Kalau aku nampak apa yang dia nampak kat aku ni, aku pun takkan pilih diri aku sendiri. Nak dibandingkan dengan gadis tu, aku seribu satu jauh berbeza! Untunglah, gadis tu, menanti dan dinanti, oleh 'budak tu' :') Sedih, tetap sedih. Dah crush kita kan? Ingat dengan petik jari je ke boleh lupakan? Kalau macam tu, aku takdela kisah sangat. Tapi ni.....entahlah. Susah nak terangkan. Aku taknak tulis secara terperinci, nanti kang kena tegur lagi :') Okaylah, sampai di sini sahaja mungkin, pasal 'budak tu', lepas ni...

Maaf, saya takkan cerita dah pasal awak lagi. Sebab saya dalam proses untuk....







lupakan awk.
Goodluck in your SPM :') Niat nak bagi awk coklat ikat dengan riben warna pink, 
tapi tak kesampaian.
Maaf ya? Saya terpaksa. Terpaksa untuk lupakan awk :')

AliahDini

Jun 18, 2012

#215 Tahap dewa punya terharu.


Hari ni hari apa? Hari isnin kan? Hari Isnin, pada tarikh ini, memang aku tak boleh lupa. Start daripada tarikh ni, aku akan fikir SEDALAM-DALAMNYA untuk stayback kat sekolah. Kalau ada hal yg TERLAMPAU PENTING, InsyaAllah aku stayback. Kalau tak, jangan harap dah okay?

Kat sekolah tadi ada perlawanan bola baling antara rumah sukan. Aku tau, Mr. S ada. Tapi, aku datang semata-2 nak siapkan kerja English and Ekonomi Asas aku. Aku lepak dgn Ninie kat dalam library. Dah siap apa seme tuh, aku ngan Ninie pun keluar la, nak pergi tempat geng aku lepak. Then?

Nampak awk tgh duduk kat situ, as usual, dgn geng awk lah.

Dia kan budak bola baling. Aku ingatkan dah macam taknak ambik tau dah pasal dia. Dah macam kiranya, dalam proses melupakan dia. Lagi aku nak lupakan dia, lagi banyak insiden-2 comel yg akan berlaku.

Selalu macam tu.

Dalam pukul 5 macam tu, geng aku semua nak balik dah lah. Aku pun dah macam malas dah, nak tengok dia kat situ. Nak lupakan dia kan, buat apa nak dok conggok kat situ lagi, ye dok? Then, keluar la dari sekolah. Lepak la kat luar tu dulu, beli-2 air apa semua, then geng bola baling keluar. Aku punya cuak tuhan je tau. Aku pun duduk la kat tempat yg kitaorang selalu lepak tu. Disebabkan dah terlampau biasa, tunggu diaorang, punya bas. Biasanya bas datang lambat, rupanya tak sampai 10 minit bas dah muncul! 

DAH TU? AKU SORANG LA NI? 
And yes, aku tinggal. Sorang-2. Sebelah sana tempat motor PENUH geng dia. Macam mana nak lalu?

So, aku pun buat-2 la text dengan Ami, apa semua. Aku maki hamun ah Tengku, Nick, Wawa and Ninie en. Rasa macam nak menangis je masa tu. Patutnya aku tak payah stayback! Tapi dah terlambat la nak ungkapkan tu semua, kan? 

Tuptup, ada orang menjerit. 'Wuhooo!' RUPA-RUPANYA WAWA AND NINIE DEPAN MATA AKU.
Mula-2 macam tak percaya tau, dah rasa macam drama pun ada. Aku pun macam, 'Oh, hai.'

And the I was like....

'WHATTHE!@#$$%^&&*)) KORANG TUNGGU AKU KEHHH?!'
Macam tu jugak lah. Aku punya terkejut beruk tu tuhan je tau. Then, diaorang macam gelak je la kan.
'Kitaorang turun kat depan sana tu tadi. Kesian kat kau, sorang-2.'

Tau tak? Perasaan terharu, and hargai tu tuhan je tau? Tau tak? Tak tau kan? Mesti la korang tak tau.
Aku tak tau macam mana nak balas jasa diaorang. Sebab, bagi aku ni dah cukup besar sangat. Aku tak pernah, jumpa sahabat macam korang :') Terima kasih, terima kasih, terima kasih, 


yang tak terhingga :')



AliahDini

Jun 17, 2012

#214 Happy Abah's Day


Untuk pengetahuan yuu olls la kan, ni la bapak aku. Ya, memang korang agak tak kenal, sebab aku jarang cerita pasal dia kan? Haha, itu aku buat post, bila aku besar nanti. Kenapa aku jarang cerita pasal abah aku ni okay? Haha, tunggu je la sampai kau orang semua besar tahu? WOI APAHAL PULAK CERITA PASAL KORANG NIH? Okay, let's get back to my story.

Bapak aku ni seorang yang sangat periang I may say. Alah, senang cakap, apa yang kau nampak kat aku, akan kau nampak jugak kat dia. Semua jenis perangai, sebijik aku ikut dia. Sampai kan tahap abah aku boleh kenal aku masa aku baru sahaja dilahirkan, tanpa tanya sape-2 pun nurse kat situ, mana aku.
Terror kan? Haha. Punya la tahap fotostet tu, tahap gaban habis lah. 

Thus, abah aku dia sporting. Kau cakap je nak pergi mana, segala macam jenis tempat dia tau. Nak pergi bercuti ke, nak pergi makan ke, apa ke, semua dia boleh bawak. Plus, dia takkan larang apa yang aku buat. Cuma apa yang salah, dia akan tegur. Tapi, dia tak halang cita-2 aku, apa yg aku minat, hobi aku apa semua... dia tak larang la. 

So, abah, just to let you know, that you are irreplaceable. I don't know how to express my feelings towards you, but maybe in writing way, I could managed to just let you touched by the words I said. I'm sorry, for what I've done, or for what I'd disappoint you with, or for what I haven't done. Just bear this in your mind, 

that you are always be my father, and I love you. Sorry takde hadiah, duit alia dah habis haha. Kumpul, nak beli Varsity Jacket :p Hahaha, joke joke. So, 'till here then! Hoho, sorry gambar lama. You don't have a picture with me dad --'' Anyway, 
Abah! Happy Abah's Day :')

AliahDini

Jun 15, 2012

#213 Adiba Mas Diana Shaharuddin


Nama budak kat atas ni Adiba Mas Diana. Mesti korang pelik kan kenapa aku nak buat post pasal dia? Takde la, haha. Saje je sebenarnya. Sebab dia ondway nak buat 50 fakta pasal aku, tapi aku buat pasal dia dulu ^-^v Kenapa aku ambik gmbr ni? Sebab antara gambar-2 dia yg lain, aku paling suka gmbr ni <3
Tak tau kenapa, unik sangat gambar ni. So Adiba ni seorang yg sangat bubblish. Orang takkan tau dia ada masalah ke tak, walaupun dalam otak dia berjuta masalah yang hendak diselesaikan  #amboi
So macam, aku selalu story-molly kat Adiba ni, sebab dia dengar je. Tak pernah mencelah pun waktu aku tengah bercakap. Tapi satu je la kekurangan dia ni, dia takkan cerita kat orang lain masalah dia.
Apa yg dia buat masa dia stress? Dia akan tulis dalam kertas, then dia koyak-2, terus dia buang.

Macam tu je. Mudah kan? 

Kita semua pun mengharap boleh buang macam tu je masalah. Tapi...aku pun tak tau macam mana dia boleh buat. Tu yg aku respect dia. Anyways, dia ada kenangan yang agak 'manis' pada setiap hari Rabu. Dia akan ingatkan aku, aku akan ingatkan dia. Hihihi, tu antara kita je leeew. Tak boleh bagitau. 
Oh ye lagi satu, Adiba ni jenis tak boleh cabar dia. Jangan, sebab nanti dia akan buat betul-2. Hmmm, apa lagi pasal budak pendek ni eh? Mungkin sampai di sini je kott dulu. Apa-2 hal aku edit je balik haha.
Anyway Adiba! Dah siap belum 50 fakta aku tu? *kenyitcomel*

AliahDini

#212 OhMaiGod.


Mama, alia nak bilik macam ni boleh? :'D Tak, ofkozzzz tak boleh. Kalau result exam cam !@#$% je kan?
Talk about exams, it screwed me up.  Dah dapat 2 fails. Addmaths aku tak kisah sangat, sebab aku tau dari azali lagi memang confirm aku fail. Tapi yang aku paling tak sangka, bila subjek yang aku target tinggi, fail. Aku tak sangka, terpampang 36% kat kertas Ekonomi Asas aku. Bila dapat kertas tu, rasa nak bakar pun ada. Sakit hati tuhan je tau, sebab aku target EA aku pass! Then tiba-2 fail. Ha, macam tu la perasaan aku. 
Tapi apa-2 hal pun, mama, alia nak bilik macam ni :'(

AliahDini

#211 Torture Chamber



Let me be in Eric's, instead of yours.


Menganggu fikiran saya sebenarnya. Bila tengok muka awk yg serba-serbi blur tu. Dah lah masam mencuka sentiasa, bajet panas, berlagak macam ada orang pandang awk, apa seme... Hei! Memang la saya suka kat awk, tapi tak bermakna awk kena torture hati saya macam niy! );

AliahDini

Jun 13, 2012

#210 Senior kesayangan


Kak Hazimah <3

Nama akak yang omey kat atas ni Kak Hazimah. Form 5, kelas....SC2 kalau tak salah. Kan akak kan? Hihihi sorry kalau salah :'( Anyway, first time, alia jumpa seorang senior yang ala-2 kanak-2 ribena gitu. Biasanya alia tak tegur senior, sebab takut. Hormat yg melampau sangat ke diaorang. Tapi sekarang, haha. Disebabkan poke kat facebook tu leeeew, tuptup jadi rapat cenggini. Tapi, apa-2 hal pun, kalau kat dalam facebook boleh la tegur, tapi kat luar....maaf, terus terang cakap alia tak berani. Mintak maaf sangat-2 haha.
Alia akan tegur senior-2 pun, kalau diaorang balas poke alia. Kalau tak, jangan harap. Takut punya pasal.
Sbb tu la alia tak suka junior-2 alia, sebab bila jumpa mesti terjumpa junior yg agak kureeeng ajar. Atoto T.T
kita punya la hormat kat senior, macam tu junior kita balas balik :'D Anywaaaays, akak Hazimah is the first senior alia jumpa yg agak ~ kanak-2 riang di situ. Haha. Amboi, dah macam karangan la pulak ni. 
Okay, stop di sini sahaja. Kak Hazimah, senior kesayangan <3 
Janganla terkejut kalau ada orang bagi coklat masa birthday akak okay? Hihi
Kalau dah lepas pun nak bagi jugak. Hihi :'D

AliahDini

Jun 12, 2012

#209 Tadi...

You lighten up my day, and never fail to do it.


Amboi, bermadah pulaaak malam-2 cenggini. Hihihi, lama pulak tak update. Hahaha! Yeah, even just beberapa hari, rasa lama pulak tak update. Anyway, byk pulaaaaaak la benda yg berlaku. Jom, kita cerita satu persatu okay?

1. Piqa dapat bercakap dgn awk semalam. Hmm, untung leeew dia. Berborak pulak dengan awk dekat library tu. Nak tunggu awk punya pasal, Ninie and saya sanggup tak makan. Jenuh jugak la kitaorang tunggu bawah matahari terik tu. Tapi takpe, crush punya pasal. Rupa-rupanya, awk tak muncul-2 jugak. Atoto T.T
Takpe lagi, mungkin takde rezeki nak jumpa kan? Hihihi, tapi, waktu petang, dapat jugak nampak awk.
Pakai baju hitam, lepak dgn geng-2 awk kat taman. Atotototo, kat situ jugak saya cair *melts*

2. sambung ayat di atas. Tadi...saya buat latihan SEGAK masa PJ. Tapi rasanya penimbang tu macam menipu tau. I mean bukanla menipu, rosak agaknya hoho. Sebab turun tu banyak sangat, menipu bebeno ~
Then, bunyi loceng waktu rehat. Kitaorang pun keluar la dari bilik/stor sukan and menuju ke koperasi. Masa dah depan bilik SPBT tu, nampak geng awk. Saya and Meza pun melencong la ke kiri, while the others terus je jalan. Saya ingat awk dgn diaorang, macam agak lega la jugak. TAPI RUPANYA TAK. AWK DENGAN GENG AWK YANG SETENGAH LAGI TU tengah berjalan menuju ke arah kitaorang.

Ehm, ngaaaaum gitu. Haha

Mula-2 tak perasan awk lagi, sebab semua tinggi-2 kat situ. Saya dah tak pandang depan dah, takut punya pasal. Member-2 saya semua tahan je nafas. Hahaha, tgk! Saya punya crush, diaorang pun terbabit sama haha. Then saya lalu sebelah awk, masa tu adalah detik........yg sgt menakutkan haha.
Ehm, lepas tu kitaorg semua menghembuskan nafas sekuatnya haha! Nik, Tengku, Ninie, and saya pun macam....tak tau nak explain lagu mana ho'aloh haha. Then Tengku cakap, yg mula-2 awk tgh cakap dgn member awk, then awk nampak saya terus awk cover. Bajet hot letteeeew. Awk tak payah buat apa-2 la, saya takkan pandang awk bila awk kat depan saya :') Jangan risau, okay?
Lepas tu, Piqa nak hantar borang karangan 1Malaysia tu. Dia ajak Tengku, tapi saya pun apa lagi, sukarela lah nak ikut haha (Y) Awk nak lepak kat luar, sbb mungkin dlm kelas panas. Then awk nampak saya, terus awk masuk kelas. Sorry la, saya terpaksa okay? Tangga sebelah sana tak boleh guna :'/ So terpaksa lalu depan kelas awk. Saya pun taknak. Sebelum turun tangga, sempat lagi saya menjeling ke kelas awk. Tup-2, nampak member awk, tgh menjeling ke saya jugak sambil gelak-2. 

DOH BAKPE PANDANG AKU IKUT TINGKAP CENGGITU NYE? SEPAK KANG.

Dah stamp apa semua, nak naik balik ke kelas, tgk-2 awk duduk kat belakang sebelah pintu. Atototo T.T Takdelaaah! Jangan risau okay? Saya takkan fikir bukan-2. Mungkin kelas awk panas, so mungkin dengan cara duduk kat belakang tu awk dapat angin dari luar.
Tapi.....awk dah tau saya nak naik kenapa duduk kat situ jugak? Sorry la, saya tak boleh tak tengok awk.
Dan awk pun tau tu. Takpela, saya faham. Saya tak cantik, and tak layak pun nak fikir yg awk akan suka kat saya balik :') Takpe, saya sedar diri, jangan risau okay? :')

AliahDini

Jun 10, 2012

#208 Mine, forever.


Gerak dari Kuantan dalam area pukul 11 macam tu. Masuk je kereta terus adik aku tido. Then aku dgn rasa bertimband-rasa nya, tak tido la...semata-2 utk menemani mamaomeyy aku daripada tido. Kitaorang borak-2 apa semua, singgah Lanchang, then jalan lagi, borak-2, then sampai Genting Sempah, stop kejap buat susu adik omey aku, then jalan balik, then dah terus sampai tol Gombak. First time, balik KL tak tido --''
Tapi aku sempat terlelap, hihi. Apa-2 hal pun, snap photo of course la sempaaaat kan. 
So ni la adik aku, adik kesayangan aku. Walaupun aku selalu marah budak omey ni, tapi itu tak bermakna kau boleh sesuka hati je nak pukul, marah, tengking atau suruh dia macam-2. Kalau dia menangis, orang pertama yg dia akan mengadu ialah aku dan mama aku. So kalau dia sebut kau, memang siap-sedia kan je la diri tu utk rasa buku lima masak lemak cili api aku, okay? Chow.

AliahDini

#207 Forever yours


Rugi besar, kalau awak tolak saya mentah-2 macam tu je kan? (; 
Frankly speaking, I do miss you. More than you could ever imagine. It's just that I don't even know,
if you had the same feelings as I do. Tapi...kenapa awk macam endah tak endah je kat saya ni? :/
Kalau awk tak suka, awk cakap. Not wasting any of my time, nonetheless the otherwise.
I love you, more than the stars on the sky.
Really, really, really....misses you over here. Night, sweetheart.

AliahDini

#206 Lagi 50 fakta?

100 fakta tak cukup untuk aku, so aku tambah lagi 50. HAHAHAHA --''
1. Sejak suka kpop, aku mula mencebur diri dalam bidang tarian. Wootwoot.
2. Aku suka menari. Hampir semua lagu Girls Generation aku hafal.
3. Aku pandai memasak, tapi tak pandai mengemas. Fuhh, tension gila mama aku tengok aku kemas --''
4. Aku tak suka kuih. Setakat 1-2 tu boleh ah layan, tapi kalau satu pinggan kuih tu... maaf la. Aku tak suka.
5. Aku senang terpengaruh. Sbb tu aku mengambil masa untuk kenal personaliti aku #amboi
6. Aku suka bab-2 komputer. Sbb tu Tengku ajar sekali je buat blogskin, aku dah dapat tangkap.
7. Aku suka menghafal.
8. Kalu lagu tu, dalam 3 hari dah hafal --''
9. Sbb tu aku selalu musykil kenapa aku hafal lirik cepat, tapi Sejarah, formula Addmaths...lambat semacam je --''
10. Aku suka gadget. Tapi cuma duit je takde nak beli --''
11. Aku suka photography, sbb aku suka tangkap gambar suasana kat situ.
12. Aku tak suka layan Sinetron, sebab makin lama makin mengarut cerita dia.
13. Aku paling tak suka bila orang ambik makanan aku, sbb kacau percaturan pemakanan aku --''
14. Aku suka mencuba benda baru. Contohnya benda-2 pelik la, jus tembikai campur ribena ke, ice-cream green tea ke... Aku suka ^^v
15. Aku suka graviti, jika digunakan dengan betul.
16. Aku pantang dapat pen dgn kertas, sbb confirm aku akan start conteng.
17. Aku suka pergi jalan-2. Mama aku pun suka jugak hoho
18. Sbb tu mama aku tak suka aku keluar dgn kawan-2 aku. Semuanya atas 2 sebab munasabah yg boleh aku fikir.
19. Sebab pertama, bahaya. Aku dah anak dara, so tak elok keluar cenggitu. Sebab kedua, kenapa nak keluar dgn kawan sedangkan boleh keluar dengn dia. --''
20. Aku suka tengok wayang.
21. Aku tak suka cerita hantu, sbb aku takut hantu.
22. Binatang yg paling aku tak suka ialah.....lipas. Aku tak panggil nama lipas sbb aku tau dia akan datang, so aku panggil...Encik Lip.
23. And kalau sorang family aku sebut, aku akan paksa diaorang cakap 'TARIK BALIK'..
24. Aku pandai baca jam askar.
25. Perangai aku berbeza dgn mama aku 101%.
26. Aku byk ikut perangai bapak aku. Semuanya sebijik. Dari muka, perangai, cara makan, cara bercakap, and semua la! Sebijik.
27. Aku tak suka tgk movie kat tv3, sbb byk sangat iklan --''
28. Aku suka fashion. Aku suka tgk cara diaorang berpakaian hoho
29. Aku tak suka lelaki yg tak setia, sbb byk dah berlaku depan mata aku. Aku jadi tak suka.
30. Aku boleh baca mata orang. Haaa, scary tak? Scary kan? *kenyitkenyit*
31. Aku suka pergi taman tema air, sbb aku pandai berenang. Splash splash!
32. Kalau diberi pilihan, antara tempat sejuk di gunung atau di bukit, aku suka pantai.
33. M&M atau Skittles? Aku suka dua-2 <3
34. Aku ada satu hobi yg pelik. Aku suka bandingkan harga antara kedai X dan kedai Y mahupun kedai Z.
35. Bilan dah banding, kalau telur kedai Y murah 10 sen dari kedai Z, aku sanggup pergi kedai Y walaupun aku dah kat depan kedai Z.
36. Aku tau takde sorang akan faham, sebab kelemahan aku, aku tak reti nak explain ke orang --''
37. Aku senang utk bergaul.
38. Sampaikan makcik-2 jual kuih kat tepi jalan pun dah tak larat nak layan aku berborak. Hoho
39. Aku riuh. Memang buat majlis tu happening la.
40. Antara daging dgn ayam, aku akan pilih daging. Jangan risau.
41. Aku suka tgk perempuan pakai tudung bawal, sbb bagi aku lawa sangat haha
42. Aku kuat cemburu, tp aku akan stalk sampai ke lubang cacing sebelum aku membuta.
43. Percaya atau tidak, aku stalker terhebat. Haha! Sampaikan masalah segala makdatuk kau pun aku tau. Haaa, takut tak? Takut eeen :'p
44. Aku tak suka bila aku tengah taip mesej, ada mesej lain masuk.
45. Aku suka sangat kasut. Tapi selalunya yg cantik tu la takde saiz --''
46. Aku suka beg. Nnt birthday aku hadiahkan satu eh? Hihi
47. Aku suka peluk and cium kawan-2 and sepupu sepapat aku. Tp yg peliknya, perempuan sahaja <3 Haha
48. Aku tak suka henfon touch, sbb jari aku tak muat nak tekan keypad --''
49. Aku suka taip lagu. Sbb tu aku tak suka orang reply tahap dewa punya lambat --''
50. Oh akhirnya 50. Antara BlackBerry atau iPhone, aku confirm punya lah pilih Android <3

Thanks korang yg membaca. Sbb orang yg membaca ni tau betapa aku sayangggggggg sangat kat diaorang haha <3

AliahDini

Jun 9, 2012

#205 Kuantan, Pahang

Day 1.




Hari pertama di kampung halaman kesayangan aku. Actually ni first time aku guna Animated GIF dalam Photosape. Cara dia, kau letak gambar banyak-2, then kau adjust seconds dia, JANG JANG! Dapat gambar gerak-2 haha. Anyway, sampai Bukit Sekilau dalam area pukul 5 petang. Memang penat gilos. Kitaorang convoy dengan geng Balok, tapi orang Balok singgah Raub, kitaorang straight Kuantan. Kesian mama, direct je dia bawak, non-stop. Yang kitaorang ni sedap je tido --'' Takpe mama, nanti alia dah ada lesen alia yang bawak kita semua balik kampung k? Hihi :D So, petang tu kitaorang lepak la kat luar ramai-2. Maklong belakang datang, Cik Mi datang, and semua la. Haha, macam nak menyambut orang kawin pulak --'' Nasib baik takde bunga mangga sekali. So, apa lagi? Lepak kat luar, main-2 apa semua, then snap picture <3 So ni la hasilnya haha. Comel kan sepupu-2 aku ni? Hahaha, aku saje je buat laju-2, ada sebab-2 tertentu HIHI ^^v

Day 2.


Malam kedua. Haaaa, malam ni adalah malam yg paling aku takkan lupakan. Sebab? Nak dengar cerita dia? Meh. Malam tu, dalam pukul 10 aku start online sebab budak-2 ni semua dah tidor. Geng remaja macam kitaorang ni memang stay up la. Budak-2 lelaki nak tgk bola, kitaorang perempuan ni online la apa jadah semua. Agaknya diaorang ni penat sangat main bola waktu petang, diaorang tidur awal. Aku mula-2 tak perasan yg semua dah tido sebab aku ingatkan diaorang nak tgk bola. Sbb kat fb dah habis semua orang kecoh tgk bola EURO blablabla ~ Aku duduk kat tepi tingkap, atas kerusi. Then aku toleh ke diaorang, tuptup habis semua orang dah tido! Masa tu pukul 12 pagi, mana aku tak cuak? Dah la waktu Maghrib tu pakcik aku bercerita pasal hantu, and plus dah la belakang kampung aku ni hutan! 12 pagi, online sorang-2, belakang kampung ada hutan, Maghrib tadi cerita hantu, TV tak off lagi, kipas kena slow kan pulak, and aku kena buat semua kerja tu dengan cepat. Tapi, ala, baru pukul 12. Malam masih muda! Then tetibe angin bertiup. Woosh woosh bunyinya. Start dari tu aku dah start seram sejuk. Jam dah menunjukkan pukul 1. HA? APA NI? BUKAN TADI BARU PUKUL 12 KE? Tu la, aku pun pelik --'' Then, dah start dia bunyi-2 angin tu, aku pun apa lagi? Off semua benda, then kemas-2, then terus tido. TAPI TAK BOLEH!
Mata aku segar-bugar. Then barula terngiang-ngiang suara pakcik aku yg cerita pasal hantu Maghrib tadi. Aku pun macam.....acanher nak tido ni? Then tetibe....bunyi orang menangis. Sayup je. Sesaat lepas tu, 

dengar orang menggilai. 

AKU PUNYA CUAK MASA TU, TUHAN JE YANG FAHAM. Dah aku dengar benda-2 mcm tu, aku pun baca Ayat Kursi, baca doa sebelum tido, then terlena sendiri, Alhamdulillah. Tapi malam tu la, paling aku tak boleh lupa. Sebab first time aku dengar benda-2 macam ni. 

Day 3.

^Budak Sakai. Hahaha. Aku pergi Alamoda tadi. Beli kain untuk Hari Raya. Aku tau, agak awal. Tapi cakap je la apa pun, aku dah dapat pengajaran aku dah. Beli baju lambat, semua benda kelam-kabut. So mama aku cakap, beli baju ni awal-2 then hantar orang untuk jahit. Hoho. Okay, aku balik pagi esok. Mama aku tak larat nak balik hari ni, hihi ^^v Thanks mum!

AKU TAU, KORANG TAK FAHAM APA AKU TULIS. Sorry okay? Aku pun penat jugak ni sebenarnya, tapi sebab aku suka en, haha. Update jeeew laaah ~ Hihi peace!

AliahDini

Jun 6, 2012

#204 Pokers.



Whaddup! Hari Selasa lepas aku pergi jenguk sepupu aku, Laila, yg kini tgh sibuk dgn perniagaan dia. Aku bangga sebenarnya ada sepupu mcm dia. Dia berdikari, walaupun dia pair dengan kawan dia dalam business ni, tapi dia boleh buat. Tak harapkan sesape pun utk cari duit. Bagus tau, orang macam ni. Cari duit sendiri, tak harap makbapak pun ^^v So, kalau korang kat area Shah Alam, pergi la singgah kat tempat dia. Nama kedai dia tu D'Debab. Haha, disebabkan nama ni la, ramai orang kenal. So malam tu kitaorang lepak kat kondo Kak Lyn, diaorang siap masak ha onthespot! K, cakap pasal ni teringat pulak mee hoon yg AlongLaila aku ni masak. Lapar la pulak --'' Hahaha, so, kalau yuu olls ada kat area Shah Alam, g ah singgah makan nasi lemak yg AlongLaila aku buat. Hihihi ^^v Along, just remember to not give a damn about what people say about your life okay? As long as you're happy, you'll be fine :') Enjoy your life okay? Peace.

AliahDini

#203 100 Facts about ME !

Alright. Aku sebenarnya dah lamaaaaaaaaaaaa sangat nak post 100 Facts about me, tapi selalu takde masa. So anyway, aku akan post sekarang dan aku tak kira AKU AKAN POST JUGAK.
Ready? Jom!

1. Nama aku NUR 'ALIAH DINI BINTI AMIRUDIN. Nak tengok IC sekali ke? Haha
2. Umur aku 16 tahun ni.
3. Birthday aku 1 Oktober pada setiap tahun.
4. Aku ada sorang adik.
5. Aku panggil dia adik, sebab dia panggil aku kakak. 
6. Umur adik aku baru mencecah 2 tahun pada 8 Januari lepas.
7. Beza umur kitaorang 14 tahun. Jgn buat muka pelik, terima je kenyataan ni haha
8. Dalam masa 14 tahun tu, byk perkara yang berlaku :)
9. Masa aku darjah 1, aku pindah Puchong. 
10. 6 bulan pertama aku duduk kat Damansara, 6 bulan seterusnya baru pindah Puchong.
11. So kiranya aku duduk Puchong lebih lama dari yuu olls :p
12. So, masa tu sekolah rendah tak bukak lagi. Ala, SKTPP tuuuu.
13. Then, masa aku darjah 2 dia bukak, aku pun sekolah lah kat situ.
14. Sebelum aku sekolah situ, aku sempat darjah 1 kat SK Puchong Utama 2.
15. Mintak maaf cakap, tapi sumpah aku sengsara kat sana. Tak boleh nak sesuaikan diri.
16. Nasib baik, 6 bulan je, then terus naik darjah 2, terus masuk SKTPP.
17. Masa SKTPP, semua budak baru. Aku pun baru je kenal diaorang.
18. First budak aku jumpa, nama dia Aina. Aku ingat sampai sekarang sebab aku....... adalah. HAHAHA.
19. Aku ingat lagi, aku ada nak pinjam pen dengan sorang budak ni. Dan tak sangka, sampai sekarang aku still lagi tengok muka dia. Kitaorang jadi best friend since then. Mirra Nazira Yahya Azmuddin, my best of friend since standard 2 and yet still counting <3 Love ya :')
20. So, zaman tu, memang zaman yg paling best bagi aku, sebab semua orang layan aku macam aku ni puteri haha ~ 
21. Tapi, semua tu berakhir, bila sampai aku darjah 4 :') 
22. Aku pindah ke Kuantan, Pahang masa aku darjah 5. 
23. Aku habiskan darjah 6 aku kat situ jugak.
24. Untuk pengetahuan yuu olls, budak-2 kuantan is the best <3 
25. Diaorang mengajar aku erti persahabatan, and erti kesederhanaan. Kau ada?
26. Aku dapat 5A UPSR, Alhamdulillah :')
27. Mama aku buat keputusan utk pindah balik ke KL masa aku form 1. Bukan la KL sangat pun, PJ je.
28. Aku masuk sekolah SBT, Sri Aman PJ.
29. Aku tak happy kat sekolah tu, walaupun kawan-2 aku semuanya best.
30. Aku culture-shock. 
31. Daripada orang yg begitu sederhana, aku jadi terkejut dengan semua orang kaya kat situ.
32. Aku jadi lost confidence bila bercakap dengan diaorang.
33. Diaorang cakap English all the time, and english diaorang bukannya melayu punya english.
34. So dari situ, aku bergaul dengan budak-2 bandar.
35. Mengambil masa jugak utk aku menyesuaikan diri kat suasana bandar tu.
36. Ye la, dah dari kampung, aku masuk bandar. Semua aku buat, nampak salah di mata mereka :')
37. Tapi, aku dikurniakan kawan-2 yg memang sehidup semati dengan aku :')
38. Prestasi aku tak secermelang masa aku kat Kuantan dulu.
39. Aku start utk tak percaya diri aku sendiri.
40. Aku start hilang keyakinan diri aku.
41. Dari situlah, bermula segala jenis jejak duka aku, yg aku akan ingat sampai bila-2.
42. Naik form 2, still, takde apa-2 perubahan.
43. Naik form 3, baru lah aku jumpa geng yang satu kepala dengan aku.
44. Aku ingat lagi, geng mee kari aku, Syaqira, geng air milo aku, Nadzirah omeyy, Raizatul, Insyirah, oh budak ni selalu ingatkan aku pasal homework, Natasya Amalia <- sorry aku eja salah. Suka hati aku ah, kau kawan aku en? Hahaha <3 , Aisyah, budak ni memang selalu gila-2 ngan aku, and lastly, Hamizah <3 Disebabkan budak ni lah aku mula minat kat SNSD. Hahaha, thanks korang, sebab buat hidup aku bermakna sangat. Tak lupa jugak kat Zaza, member susah senang aku merangkap sahabat sejati aku #pergh ayat, and Aida. Budak ni, dia lah photographer kegemaran aku <3 Apa-2 hal yg korang perlu tau adalah,
aku sayang korang gila vaveng okay? Muah pipi kanan muah pipi kiri :*
45. Oh ye, patah balik ke form 2. Start dari situ aku kena virus Korea.
46. Satu je la aku cakap, memang susah nak stop. 
47. Aku siap hafal semua birthday, jenis darah, ketinggian, and sejarah Super Junior. 
48. Naik form 3, baru aku cooldown sikit.
49. Aku mula ada minat nak belajar sikit-2.
50. Tapi semua dah terlambat, sebab dah last minute. Hanya tinggal beberapa hari je utk PMR, aku baru nak bukak buku. 
51. So, keputusan PMR aku yang study last minute tu ialah 2A 5B 1C.
52. Aku dapat English and BM A, Kemahiran Hidup C, and yg lain semua B.
53. Alright, then mama aku sekali lagi buat keputusan nak pindah. Kali ni ke tempat yg aku lebih yakin, 
Puchong :')
54. Banyak jugak liku-2 kehidupan yg aku lalui waktu tu, tapi takpe, aku tau aku tak keseorangan :')
55. Start dari itu, aku belajar utk menghargai mama omeyy aku. :')
56. Pindah la ke Puchong. Alhamdulillah, aku kembali stabil.
57. Alright, then masuk lah ke SMK Putra Perdana.
58. Alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-2 sehidup semati dan kawan-2 yang.... aku tak tau nak cakap macam mana.
59. Masa ni, aku tak rapat lagi dengan DC's crews. Aku rapat dengan Iffa Adlyn.
60. Bulan 3, dia pindah Johor. Start dari tu aku rasa down sangat-2.
61. Then datang lah DC's crews selamatkan aku :')
62. Since from there onwards lah, aku tak keseorangan.
63. Daripada situ lah, aku selalu sangat lepak dengan diaorang. Dah rasa macam one of the crew pulak sebab aku selalu sangat lepak dengan diaorang.
64. Otak diaorang pun boleh tahan gila-2 macam aku, so, layan ah haha.
65. Thanks to Wawa, Ami, Miza, Tengku, Nick, and Ninie sebab selalu menyalakan hari-2 aku dengan gelak tawa korang. Sebab korang lah, aku selalu senyum and ketawa sepanjang masa :') Aku mintak maaf sangat Syaza, aku tak reti nak rapat dengan kau macam mana. Tapi takpe, aku try okay? :')
66. Since sekolah ni, dalam masa 4 bulan je, byk benda yg aku perasan aku berubah.
67. Antaranya ialah keyakinan aku naik balik secara mendadak. Keputusan exam aku pun boleh agk cemerlang dari dulu. Semuanya benda yg munasabah tau, tapi kalau dah Allah nak buat macam tu InsyaAllah, akan terjadi :')
68. So, macam, aku dah start bina balik kehidupan aku, tambahan pulak dengan Mr. S aku <3
69. Cinta pandang pertama sebenarnya ni. Hahaha, dia pun satu jugak, selalu lighten up my day with his smile!
70. Tak lupa jugak budak-2 kelas aku, 4PrinsipAkaun, sumpah hebat. 
71. Since aku dah jadi hyper memangjang bila dgn diaorang and diaorang pun dah faham sangat dengan perangai aku, hubungan kitaorang semakin rapat. Alhamdulillah :')

 Oh ya, ini baru pasal cerita kan? So far, takat sini je lah. Hahaha, okaylah, aku cerita pulak la pasal apa yg aku suka blablabla okay? Senyum la sikit, jangan la serious sangat! Tau ah marah takde nama yuu olls dalam ni kan? Hahaha, jangan leeew. Hoho. Kau cakap je kat aku personal, nanti aku buatkan post pasal yuu ollss je? Macam si Shaffieq tu, okay? Hoho. Senyum ah sikit, haaa ~ Kan comel tu! K, sambung!

72. Aku suka makanan atau minuman mengikut musim.
73. Misalnya aku suka air milo, air milooooooooo je. Kalau aku suka air horlicks, air horrrrrlicks je. Macam tu jugak la.
74. Aku suka main game. Bukan game Barbie ke apa tau, game yang tembak-2 tu. Ya, aku suka main game. 
75. Bapak aku hadiahkan aku psp, tapi aku tak letak game dalam tu sbb game download tak best. (Y) So aku just letak video kpop aku je lah dalam tu hihi
76. Aku suka makanan berkhasiat sekarang. Maklumlah, tgh diet kan? So, aku jaga betul la pemakanan aku.
77. Aku minat kpop since form 2. Aku pernah beli buku korean yang harga RM70 hengget semata-2 belajar bahasa korea.
78. Warna? Aku ikut tahun. Tahun ni tema aku warna biru, tahun lepas warna oren. Ha mcm tu lah.
79. Suka chocolate. Tapi jarang makan sebab kalau tiap-2 hari makan mesti cepat bosan.
80. Suka menulis. Kalau karangan tu, aku lah champion (Y) Aku pernah siapkan karangan english dalam masa 20 minit je ;)
81. Suka orang puji aku, sebab aku tau orang JARANG BEBENO memuji aku haha
82. Suka tangkap gambar. Agaknya tulah sebab utama bapak aku taknak beli dslr utk aku -_-''
83. Suka berfesyen. Hahaha, especially leapord-printed pashminas <3
84. Aku suka kalau datang awal ke sekolah, sebab sempat nak beli makanan kat makcik kantin tu (Y)
85. Aku suka stalk orang terutama senior-2 sekolah aku haha
86. Aku tak suka addmaths.
87. Aku teringin nak pakai high heels tapi mak aku tak bagi sebab dia kata aku dah tinggi.
88. Tinggi aku 163cm.
89. Berat aku.....internet connection problem.
90. Aku akan menyanyi bila aku tension.
91. Aku suka bandingkan ketinggian aku dengan member-2 aku yang lain.
92. Aku suka anggap kawan-2 aku macam kakak-2 aku sebab aku takde kakak.
93. Aku anggap semua kawan-2 aku macam adik beradik aku sendiri. Sebab tu aku tak kisah jadi kanak-2 ribena depan diaorang.
94. Aku pernah couple. Tapi selalu break-up. Aku setia, tapi lelaki tu tak. Hahaha, tapi itu zaman sudah berlalu laaa abang long woi.
95. Aku suka budak-2. Tapi aku tak larat nak layan kerenah diaorang. Haha
96. Tulisan aku sentiasa berubah-2 -_-''
97. Aku suka kejutan *kenyitkenyit*
98. Tak sangka aku bercerita dah sampai 98.
99. Sekarang 99 dah? Hahaha, nak cerita apa lagi?
100. Aliah Dini punya kisah, cerita sini habis sini lah ye? *kenyitmata*

Dah puas dah baca? Kalau belum, baca la lagi haha. Thanks yuu olls yg sudi baca, tahan korang baca 100 fakta ni? Haha, maafla kalau kurang menarik. Aku tak pandai, macam kawan-2 hotstuff yuu olls kat luar sana teeew. Hahaha, jgn terkejut lah. Aku buat benda ni pukul 2 pagi -_-''

AliahDini

Jun 5, 2012

#202 Sunway Pyramid


Heeeey ya'll. So, aku tak cerita lagi kan aku pergi rumah nenek aku hari tu? Tak, aku tak cerita lagi aku tau haha. Nampak? Banyak benda nak diceritakan tau takyuu olls -...- Anyway, last Saturday aku pergi rumah nenek aku on my father's side. Thanks to mama omeey sebab bagi aku stay sampai malam <3 So, hari tu kan cuti agong keputeraan blablabla, kitaorang ni sibuk nak pergi jenjalan. Lepas dah makan kat LasVacas, kitaorang singgah rumah nenek aku tu kejap, jumpa-2 apa semua, then keluar balik, pergi Sunway Pyramid. Sigh. Dalam otak aku byk sangat nak beli, duit pun dah hadeee kat tangan tu ha! Tapi, aku just window-shopping and jalan-2 as if I got nothing to buy -.- Dah kat depan kedai Varsity Jacket dah! Tapi tak,
aku tak terambik pun baju tu..... Sedih kan? Then, my Angah, yg kat dlm gmbr tu, pun layan lah aku. Masuk Cotton On lah, Body Shop lah, Topshop lah, and semua lah! Except for satu kedai, Forever 21. Sbb aku dah janji dgn diri aku, takkan masuk kedai tu selagi belum kurus (Y) So aku berjaya tahan nafsu aku utk TAK masuk kedai tu. Hihihi. Then sampai rumah nenek aku, makan-2 apa semua. Tunggu maksu datang dengan Widad and all. Then aku balik. Hohoho, best jugak lah, sebab kadang-2 jumpa kan? Hmm :)

AliahDini

Jun 4, 2012

#201 Justin Bieber finally swag


Memang nak kena sepak ngan aku kalau yuu olls tak pernah dengar lagu ni. Ni pun dah kira lambat dah utk post pasal lagu ni haha. Okay, after the song Mistletoe, aku dah tukar anggapan aku terhadap Justin Bieber ni. Then Astro ada bagi channel free selama seminggu tu kan? Aku tertengok cerita Justin Bieber: Never Say Never. Allah, start daripada tu, macam dah terminat pulak kat Justin Bieber ni. Tapi sekadar minat je lha. Mungkin dia dah besar kan, dia dah lain sikit lah drpd dia kecik dulu. Tapi aku tak berkenan sangat lah dengan style dia, bertindik apa semua. Not my style, but I do love his music :) 
Still, I'm not Belibers yet okay? 

AliahDini

#200 Finally!


Finally and officially, 200th POSTS! WUHOO. Ya, saya suka menulis dan meng-ekspresikan perasaan aku kepada online diary aku ni. Memang banyak, suka-duka liku-liku kehidupan yg aku dah pamparkan kat dalam blog aku ni. Aku mintak maaf sangat-2, kalau ada yg tersinggung dengan kata-2 aku. Mungkin ada yg perasan then terasa, and mungkin tidak. So, dua-2 sekali aku mintak maaf. Mana la tau kan, kita ni beraya tak mampu nak pergi setiap rumah betul tak? Maklumlah, kawan beribu kan haha. Beribu lah sangat -.- So, kat sini je lah yg mampu! Hahaha, kadang-2, perasaan malu nak mintak maaf depan-2 pun ada jugak (Y) So? Watlek watpeace je okay? Sentiasa letak dalam otak yuu olls tu yg Mak Jemah kat sini always ingat kat yuu olls tau? Okay? Walaupun takde kena-mengena, tapi, bagi aku, aku anggap kawan-2 aku macam adik beradik aku sendiri. Ye lah, aku tak ramai adik beradik mcm yuu olls haha. 
K lha, nmpk tak ayat aku dah tunggang langgang ni kan? Maknanya apa tu? Aku dah ngantuk, penat, and sabar menaip utk korang haha. K lah, 'till here! Byk lagi nak update sebenarnnya tapi ngantuk ah -.- 
K, gua chow dulu okay? Papai yuu olls <3


AliahDini

Jun 3, 2012

#199 Oh! Terlupa :/


Aku ada cerita tak kat yuu olls yg aku pergi Putrajaya hari tu? Belum kan? Aku tau belum sebab takde gmbr sepupu aku yg sebijik muka dgn aku ni. So maknanya aku belum post pasal benda ni lagi K AKU START CERITA SEKARANG. Anyway, muka kitaorang nmpk seiras kat sini kan? Mcm adik beradik pulak dah haha :D So, meh sini meh aku cerita kat yuu olls yg, aku pergi Putrajaya hari tu. Saje, jalan-2, masa 1st June tu. Celebrate lha sangat en haha. But, thanks to mama omeyy iteeeew bawak pergi jenjalan walaupun dia memang penat :') Thanks mama. Ya, memang cerita lama, tapi aku saje nak cerita balik sbb on that day aku malas nak update .__________.'' haha. K, then, sebenarnya nak cerita pasal benda ni. Jap.
Sebelum saya pergi Putrajaya tu, saya lalu lha depan taman yg awk selalu lepak tu. Then nampak awk. Saya cakap kat mama, saya nampak awk. Then mama terus park the car kat tepi tu, semata-mata nak tgk awk. Hahaha, awk tengah main basketball <3 Sumpah hot gila. Awk selalu pakai baju warna hitam, kenapa?
Suka waktu awk bajet hot tu, sbb awk tak perasan ada orang tgh tgk awk kan? Hihihi <3 
Budak gedik ni rindu kat awk. Banyak banyak, hihi ^-^v

AliahDini

Jun 2, 2012

#198 My own Zayn Malik


Dia buat rambuk pacak macam ni lha for his twitcon. Atototo T.T How can I forget you, when you give me so much to remember? Anyway, saya tak kisah lha apa yang awk buat, tapi whatever it is, 
You stole my heart away, so don't ever think about to vanish yourself just like that okay? 
Because you know, it will never :) So, I'm hoping we're all will act normal bila bukak sekolah nanti. Jgn buay kerja gila sudah okay? Dulu nak sangat lhaaa tengok muka awk. Tapi sekarang lalu sebelah awk pun saya tak sanggup -.-
Malu lha, semua pandang -.- Tp, dalam hati saya cakap....... 



bila awk masuk, dah tak boleh keluar. Hihi, padan muka. Sape suruh curik hati saya lagi kan? Hahaha! Tanggung leeew <3

AliahDini

Jun 1, 2012

#197 Oh, assalamualaikum June :')


Assalamualaikum semuaaaaaaa! So today is June. Esok birthday Nora Natasha! Oh-kaaay, I'm gonna be the first person to wish her! Hahaha :3 Whatever it is, minggu depan aku balik kampung. Kuantan, I'm coming!
Tak sabar nak lepak dgn geng Bukit Sekilau aku. Ye la, dulu kan aku sekolah bukit sekilau, so nak lepak dgn member-2 yg dah lamaaaaaa tak jumpa niy. Hahaha, hope diaorang tak lupa aku sebab aku tau, diaorang takkan :') Anyways, bulan ni birthday mama. Tapi hujung bulan -.- 29 June, jgn lupa wish okay? Hahaha.
Hmphhh, apa lagi ekk? Dah rasa malas nak on fb sbb pasal semalam -.- Heeeish, sabar aliaa ~ !

AliahDini