Jun 18, 2012

#215 Tahap dewa punya terharu.


Hari ni hari apa? Hari isnin kan? Hari Isnin, pada tarikh ini, memang aku tak boleh lupa. Start daripada tarikh ni, aku akan fikir SEDALAM-DALAMNYA untuk stayback kat sekolah. Kalau ada hal yg TERLAMPAU PENTING, InsyaAllah aku stayback. Kalau tak, jangan harap dah okay?

Kat sekolah tadi ada perlawanan bola baling antara rumah sukan. Aku tau, Mr. S ada. Tapi, aku datang semata-2 nak siapkan kerja English and Ekonomi Asas aku. Aku lepak dgn Ninie kat dalam library. Dah siap apa seme tuh, aku ngan Ninie pun keluar la, nak pergi tempat geng aku lepak. Then?

Nampak awk tgh duduk kat situ, as usual, dgn geng awk lah.

Dia kan budak bola baling. Aku ingatkan dah macam taknak ambik tau dah pasal dia. Dah macam kiranya, dalam proses melupakan dia. Lagi aku nak lupakan dia, lagi banyak insiden-2 comel yg akan berlaku.

Selalu macam tu.

Dalam pukul 5 macam tu, geng aku semua nak balik dah lah. Aku pun dah macam malas dah, nak tengok dia kat situ. Nak lupakan dia kan, buat apa nak dok conggok kat situ lagi, ye dok? Then, keluar la dari sekolah. Lepak la kat luar tu dulu, beli-2 air apa semua, then geng bola baling keluar. Aku punya cuak tuhan je tau. Aku pun duduk la kat tempat yg kitaorang selalu lepak tu. Disebabkan dah terlampau biasa, tunggu diaorang, punya bas. Biasanya bas datang lambat, rupanya tak sampai 10 minit bas dah muncul! 

DAH TU? AKU SORANG LA NI? 
And yes, aku tinggal. Sorang-2. Sebelah sana tempat motor PENUH geng dia. Macam mana nak lalu?

So, aku pun buat-2 la text dengan Ami, apa semua. Aku maki hamun ah Tengku, Nick, Wawa and Ninie en. Rasa macam nak menangis je masa tu. Patutnya aku tak payah stayback! Tapi dah terlambat la nak ungkapkan tu semua, kan? 

Tuptup, ada orang menjerit. 'Wuhooo!' RUPA-RUPANYA WAWA AND NINIE DEPAN MATA AKU.
Mula-2 macam tak percaya tau, dah rasa macam drama pun ada. Aku pun macam, 'Oh, hai.'

And the I was like....

'WHATTHE!@#$$%^&&*)) KORANG TUNGGU AKU KEHHH?!'
Macam tu jugak lah. Aku punya terkejut beruk tu tuhan je tau. Then, diaorang macam gelak je la kan.
'Kitaorang turun kat depan sana tu tadi. Kesian kat kau, sorang-2.'

Tau tak? Perasaan terharu, and hargai tu tuhan je tau? Tau tak? Tak tau kan? Mesti la korang tak tau.
Aku tak tau macam mana nak balas jasa diaorang. Sebab, bagi aku ni dah cukup besar sangat. Aku tak pernah, jumpa sahabat macam korang :') Terima kasih, terima kasih, terima kasih, 


yang tak terhingga :')



AliahDini

No comments: