Jun 10, 2012

#206 Lagi 50 fakta?

100 fakta tak cukup untuk aku, so aku tambah lagi 50. HAHAHAHA --''
1. Sejak suka kpop, aku mula mencebur diri dalam bidang tarian. Wootwoot.
2. Aku suka menari. Hampir semua lagu Girls Generation aku hafal.
3. Aku pandai memasak, tapi tak pandai mengemas. Fuhh, tension gila mama aku tengok aku kemas --''
4. Aku tak suka kuih. Setakat 1-2 tu boleh ah layan, tapi kalau satu pinggan kuih tu... maaf la. Aku tak suka.
5. Aku senang terpengaruh. Sbb tu aku mengambil masa untuk kenal personaliti aku #amboi
6. Aku suka bab-2 komputer. Sbb tu Tengku ajar sekali je buat blogskin, aku dah dapat tangkap.
7. Aku suka menghafal.
8. Kalu lagu tu, dalam 3 hari dah hafal --''
9. Sbb tu aku selalu musykil kenapa aku hafal lirik cepat, tapi Sejarah, formula Addmaths...lambat semacam je --''
10. Aku suka gadget. Tapi cuma duit je takde nak beli --''
11. Aku suka photography, sbb aku suka tangkap gambar suasana kat situ.
12. Aku tak suka layan Sinetron, sebab makin lama makin mengarut cerita dia.
13. Aku paling tak suka bila orang ambik makanan aku, sbb kacau percaturan pemakanan aku --''
14. Aku suka mencuba benda baru. Contohnya benda-2 pelik la, jus tembikai campur ribena ke, ice-cream green tea ke... Aku suka ^^v
15. Aku suka graviti, jika digunakan dengan betul.
16. Aku pantang dapat pen dgn kertas, sbb confirm aku akan start conteng.
17. Aku suka pergi jalan-2. Mama aku pun suka jugak hoho
18. Sbb tu mama aku tak suka aku keluar dgn kawan-2 aku. Semuanya atas 2 sebab munasabah yg boleh aku fikir.
19. Sebab pertama, bahaya. Aku dah anak dara, so tak elok keluar cenggitu. Sebab kedua, kenapa nak keluar dgn kawan sedangkan boleh keluar dengn dia. --''
20. Aku suka tengok wayang.
21. Aku tak suka cerita hantu, sbb aku takut hantu.
22. Binatang yg paling aku tak suka ialah.....lipas. Aku tak panggil nama lipas sbb aku tau dia akan datang, so aku panggil...Encik Lip.
23. And kalau sorang family aku sebut, aku akan paksa diaorang cakap 'TARIK BALIK'..
24. Aku pandai baca jam askar.
25. Perangai aku berbeza dgn mama aku 101%.
26. Aku byk ikut perangai bapak aku. Semuanya sebijik. Dari muka, perangai, cara makan, cara bercakap, and semua la! Sebijik.
27. Aku tak suka tgk movie kat tv3, sbb byk sangat iklan --''
28. Aku suka fashion. Aku suka tgk cara diaorang berpakaian hoho
29. Aku tak suka lelaki yg tak setia, sbb byk dah berlaku depan mata aku. Aku jadi tak suka.
30. Aku boleh baca mata orang. Haaa, scary tak? Scary kan? *kenyitkenyit*
31. Aku suka pergi taman tema air, sbb aku pandai berenang. Splash splash!
32. Kalau diberi pilihan, antara tempat sejuk di gunung atau di bukit, aku suka pantai.
33. M&M atau Skittles? Aku suka dua-2 <3
34. Aku ada satu hobi yg pelik. Aku suka bandingkan harga antara kedai X dan kedai Y mahupun kedai Z.
35. Bilan dah banding, kalau telur kedai Y murah 10 sen dari kedai Z, aku sanggup pergi kedai Y walaupun aku dah kat depan kedai Z.
36. Aku tau takde sorang akan faham, sebab kelemahan aku, aku tak reti nak explain ke orang --''
37. Aku senang utk bergaul.
38. Sampaikan makcik-2 jual kuih kat tepi jalan pun dah tak larat nak layan aku berborak. Hoho
39. Aku riuh. Memang buat majlis tu happening la.
40. Antara daging dgn ayam, aku akan pilih daging. Jangan risau.
41. Aku suka tgk perempuan pakai tudung bawal, sbb bagi aku lawa sangat haha
42. Aku kuat cemburu, tp aku akan stalk sampai ke lubang cacing sebelum aku membuta.
43. Percaya atau tidak, aku stalker terhebat. Haha! Sampaikan masalah segala makdatuk kau pun aku tau. Haaa, takut tak? Takut eeen :'p
44. Aku tak suka bila aku tengah taip mesej, ada mesej lain masuk.
45. Aku suka sangat kasut. Tapi selalunya yg cantik tu la takde saiz --''
46. Aku suka beg. Nnt birthday aku hadiahkan satu eh? Hihi
47. Aku suka peluk and cium kawan-2 and sepupu sepapat aku. Tp yg peliknya, perempuan sahaja <3 Haha
48. Aku tak suka henfon touch, sbb jari aku tak muat nak tekan keypad --''
49. Aku suka taip lagu. Sbb tu aku tak suka orang reply tahap dewa punya lambat --''
50. Oh akhirnya 50. Antara BlackBerry atau iPhone, aku confirm punya lah pilih Android <3

Thanks korang yg membaca. Sbb orang yg membaca ni tau betapa aku sayangggggggg sangat kat diaorang haha <3

AliahDini

No comments: