Assalamualaikuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuum semuaaaaaaaaaaa niiiiiii!!! Apa celop bang raya ni? Hahaha! Banyak tak dapat duit rayaaaaaaa? Okay so! Aku dah janji dengan korang, yang aku akan buat post pasal raya sampai korang nak muntah bacakan? Kan kan kan? Ha, meh sini aku nak cerita pasal raya aku yg panjang lebar sangat tu! Hihihi, jom!
Aku paling suka time kita semua berkumpul ramai-2. Pada malam raya itu lah, SEMUA KELUARGA ada! Dari Balok pun turun, dari Bukit Besi pun turun and dari Indera Mahkota pun ada. Memang riuh, dan jujur aku cakap aku rindu nak macam tu. Masa time kecik-2 dulu, setiap kali kami balik, mesti diaorang pun tido kat Bukit Sekilau jugak. Bersepah lah semua orang tido kat ruang tamu. Sedih, memang sedih. Lepas nenek meninggal, semuanya pun dah meningkat dewasa, dah tak bolehlah nak tido sama-2. :') Masa kecik dulu, semua mandi sama-2, semualah! Tapi tu dulu lah. Dulu......Dulu. :')
SO! Enough of the sad story. Jadi, malam tu, kitaorang semua main mercun. Yang tak tahannya, Muhammad main mercun okay lah, takut-2, tapi okaylah. Ibrahim takut sangat nak main. MANAKALA ADIK AKU, ANAS, TERLEBIH BERANI. Kenapa? Sebab dia nak pegang api mercun tu. Okay....boleh jadi saintis kan? Suka mencuba benda baru. Suka bagi PELUANG kepada DIRI SENDIRI untuk MENCUBA benda baru. Haa, betul lah. Tapi....SAINTIS? OKAY TAKDE KENA MENGENA. Jangan terasa, Adiba. Heee~
Bunga api timeeeeeeeeee! Maaflah, kitaorang takmain ah mercun yang besar-2, mahal-2 tu. Kitaorang main bunga api ni je. Heee~
Menemani budak-2 ni main bunga api! Berani sangat pun susah. Takut sangat pun susah. -___-''' Tapi nampak tak muka tu? Penat tahap maksimum dah tahu? Atototo. Jadi babysitter dah aku penyudahnya. :) Macam tadika dah rumah nii tau tak? Hahaha
Malam tu aku tido dengan Eka, and Era. Heee, korang! Thanks sangat, aku happy gila, bila kenang masa lalu. Walaupun sekejap, tapi sangat bermakna utk aku. :') Hee~
Selesai malam raya, PAGI raya pulak! Heeee~ Omey tak gambar bawah niii? :D
Sekali imbas nampak kitaorang macam adik-beradik kan? Haha, sebenarnya bukan ya? Dari kiri, Hanim, budak ni sepupu aku. Yang omey kat tengah-2 tu, mama. Budak kecik depan tu, adik aku, nama dia Anas.
Begitulah al-kisah Keluarga Farawahida. Jadi kiranya.....DAH BOLEH MULA BERCERITA LAH NIH? HEHEHEHEHHEHEHEEHEHE OKAY, SAYA START SEKARANG YA?
Dah ready dengar cerita? Okay dah ready, bagus! (Y) Jom!
First thing first, kita cerita pasal Hari Raya dulu ya? Jadi pada pagi raya yang indah tersebut, kami semua berpusu-2 nak masuk bilik air. Al-maklumlah, raya tahun ini mempunyai jumlah yg amat ramai berbanding tahun-2 lepas. Nampak tak keluarga besar kat atas ni? Haaaa, inilah geng 119. Kenapa 119? Sebab rumah nenek aku Lot 119. Nenek, gambar ni tak lengkap, dan takkan pernah lengkap, kerana nenek tiada. :')
Shamsiah binti Budin, sesungguhnya kami semua sangat merinduimu. Al-Fatihah. :')
Alaaaaa, takmolah sedih-2! Kita cerita happy je okay? :'D Alriggggght! :'D
Taraaaaa! Inilah kami di pagi rayaaaaa. Hahaha, maaflah, takdelah secantik or seanggun korang, sebab kami menawan dengan gaya kami tersendiri. Haha, kata ko. :')
Lepas tu, bermula perjalanan beraya kami sekeluarga! Dari satu rumah, ke satu rumah yg lain. Dan semuanya adik beradik arwah nenek aku. Semuanyalah! Adik beradik satu mak, satu ayah, lain mak, lain ayah! Termasuk raya tahun ni dah berpuluh kali mama aku cerita tentang carta keluarga kami, tapi tetapi jugak aku tak dapat tangkap, ini anak sape, ini anak sape. Hahaha!
Jangan risaulah, sempatnya utk pose sana sini! Hahaha, alhamdulillah, best gila raya tahun ni! Sebab? Walaupun umur makin meningkat, tapi duit raya tetap masuk kocek! Hahahaha boleh pulak malam-2 kira duit raya dengan mama. Tapi bila dah kerja nanti, takde dah lah kan? :')
Alright, ni baru Day 1. Aku tahu, cerita ni tak berapa nak menarik perhatian sangat, tapi........aku ada banyak cerita lagi ni. Dengar je lah dulu eh? Heee~
AliahDini
No comments:
Post a Comment